Thursday, March 31, 2011

Facts

Hi semua!

Tahukah anda bahawa jalan-jalan di India paling selamat ketika sedang berlangsungnya perlawanan kriket kerana keadaan jalan agak lengang malah mungkin tiada satu kenderaan pun.

Tahukah anda bahawa jalan-jalan di India paling tidak selamat selepas berlangsungnya perlawanan kriket. Jika menang, mereka akan bergembira membunyikan hon dan menghasilkan pelbagai bunyi untuk mengekspresikan kegembiraan mereka, kemalangan mungkin berlaku sebab 'overjoy'. Jika kalah, anda mungkin tidak ingin tahu apa yang mampu mereka lakukan.

Tahukah anda bahawa wanita-wanita di sini mengikuti kriket sangat dahsyat sekali dan boleh disama tarafkan dengan keterujaan lelaki tempe mengikuti kriket. Semangat mereka sangat berkobar-kobar sehingga perempuan bukan tempe jadi takut terhadap mereka.

*kalau sayalah mak mertua mereka, tengok perangai macam ni, terus 'reject'!*

Tahukah anda bahawa mereka di sini sangat memuliakan sachin, bak kata mereka, jika kriket ialah suatu agama, sachin ialah tuhannya.

Tahukah anda mereka tidak begitu mengikuti sukan-sukan lain yang lebih popular seantero dunia seperti bola sepak, mereka tetap meminati kriket sahaja

Tahukah anda ke ceruk India mana pun anda pergi, anda pasti akan ternampak sekumpulan manusia bermain kriket, tetapi saya tidak nampak di Manali dan Shimla, sejuk sangat mungkin

Tahukah anda saya percaya bahawa 70% daripada kanak-kanak India bercita-cita untuk menjadi pemain kriket

Tahukah anda bahawa jersi kriket India berwarna biru, tapi saya paling suka jersi England dan West Indies

Tahukah anda bahawa saya masih lagi tidak tahu beza antara kriket, sofbol, besbol dan juga rondes (macam ini ke eja? Saya tidak tahu)

Sekian fakta untuk malam ini

Bye semua!
Sent on my BlackBerry® from Vodafone

0 RaInBoW(s):